Siri Dokumentari China Ditayang di Afrika

2022-10-27 14:24:19  CRI
Share with:

Penganjuran acara 'Africa Stop' sempena Festival Dokumentari China membuka jendela kepada rakyat Afrika untuk mengetahui China, khususnya jalan yang ditempuh negara ini menuju modenisasi.

Acara tersebut membolehkan rakyat benua itu mengikuti pelbagai program video terbitan China termasuk filem cetera dan dokumentari menerusi platform media utama tempatan.

Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong berkata program video ibarat ‘dandelion’ yang menyebarkan benih kerjasama saling menguntungkan menerusi aktiviti interaksi seumpama.

Beliau turut menyifatkan acara 'Africa Stop' sebagai hasil baharu dalam kerjasama media dan pertukaran sosiobudaya antara China dengan Afrika.

Menteri Pelancongan Cameroon, Bello Bouba Maigari berkata Festival Dokumentari China merupakan satu aktiviti bertaraf global yang turut mencetuskan peluang untuk memantapkan lagi pertukaran budaya antara kedua-dua pihak.

"Acara itu turut membawa inspirasi dan harapan kepada belia di benua Afrika," tambah beliau semasa perasmian acara berkenaan pada Rabu.

Dilancarkan sejak Jun, festival anjuran CMG bersama Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China itu berjaya menarik penyertaan lebih 70 media dan institusi dari kira-kira 40 buah negara di dunia.