Sesi Promosi Semangat Kongres Kebangsaan Ke-20 PKC diadakan di Nepal

2022-10-27 14:34:52  CRI
Share with:

Sesi promosi semangat Kongres Kebangsaan Ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang dianjurkan bersama oleh Pusat Penyiaran Bahasa-bahasa Asia dan Afrika Kumpulan Media China (CMG) dan Persatuan Persahabatan Belia Nepal-China diadakan di Kathmandu, Nepal pada 23 Oktober. 

Dalam sesi promosi itu, Ketua Pengarah Pusat Penyiaran Bahasa-bahasa Asia dan Afrika CMG, yang juga wakil Kongres Kebangsaan ke-20 PKC, An Xiaoyu telah menyampaikan ucapan video, memperkenalkan hasil Kongres Kebangsaan tersebut kepada para hadirin.  

Beliau telah memberi penjelasan lanjut tentang beberapa topik, antaranya perjalanan baharu China dalam membina negara sosialis yang moden secara menyeluruh akan memberikan peluang pembangunan baharu kepada seluruh dunia, ciri-ciri modenisasi ala China dan erti pentingnya kepada dunia, serta peranan konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan dalam hubungan China-Nepal.

Lebih 100 tetamu dari Nepal menghadiri sesi promosi tersebut, antaranya Menteri Pengurusan Tanah, Kerjasama dan Pengurangan Kemiskinan Nepal, Sashi Shrestha. Selain itu, puluhan ribu penonton Nepal mengikuti siaran langsung dalam talian.