Xi Terajui China Tempuh Perjalanan Baharu

2022-10-27 14:36:17  CRI
Share with:

Agensi berita Xinhua pada Selasa menyiarkan sebuah artikel berjudul ‘Xi Jinping, Peneraju Perjalanan Baharu’.

Artikel tersebut memperincikan pelbagai pengalaman yang diraih Xi antaranya termasuk pengalaman membesar, pendidikan keluarga, kerjaya serta prestasi beliau dalam mentadbir negara.

Selain itu, falsafah Xi tentang amalan mentadbir negara juga diterangkan secara mendalam menerusi artikel sepanjang lebih daripada 20,000 patah perkataan itu.

Memetik artikel tersebut, apabila Xi mula mengetuai parti pemerintah pada sedekad lalu, China sudah pun menjadi entiti ekonomi kedua terbesar dunia. 

Namun, negara ini mengalami pelbagai cabaran antaranya gejala rasuah, masalah pencemaran alam sekitar, jurang pendapatan antara golongan miskin dan kaya dan lain-lain.

Semua mata tertumpu ke arah Xi, dengan menaruh harapan tinggi untuk melihat beliau membawakan perubahan besar.

Perubahan perlu dimulakan daripada Parti itu sendiri. Xi turut melancarkan kempen antirasuah yang berskala paling besar dalam sejarah Parti Komunis China (PKC).

Beliau memainkan peranan signifikan dalam mencorakkan semula parti pemerintah berkenaan.

Xi mengetengahkan konsep ‘demokrasi rakyat seluruh proses’ yang memerlukan usaha lebih gigih untuk membangunkan demokrasi sosialis.

Beliau berpendapat bahawa demokrasi adalah alat untuk menangani isu-isu yang menjadi kebimbangan rakyat.

Menurut Xi, sekiranya rakyat hanya dibangkitkan ketika musim pilihan raya sahaja dan kemudiannya 'berhibernasi', maka demokrasi seumpama sekadar formaliti.

Selaku Presiden pertama yang bersumpah di hadapan Perlembagaan, Xi mengarahkan supaya tadbir urus berasaskan undang-undang dalam segenap bidang terus dimantapkan. Ia dianggap sebagai revolusi yang amat penting dalam tadbir urus negara.

Xi mengemukakan konsep pembangunan baharu bercirikan inovatif, terselaras, hijau, terbuka dan berkongsi.

Dengan menekankan peri pentingnya pembangunan berpaksikan rakyat, beliau memperkenalkan pelbagai dasar yang membawa limpahan manfaat kepada rakyat.

Xi meletakkan kemakmuran bersama dalam agenda kerana ia merupakan keperluan asas sosialisme.

Artikel tersebut juga direkodkan banyak babak Xi memperkenalkan pelbagai inisiatif berhubung isu global di pentas antarabangsa.

Semua renungan awal Xi terhadap dunia dan umat manusia menyumbang kepada pembentukan gagasan ‘komuniti berkongsi nasib sesama insan’, yang turut disyorkan beliau pada 2013.  

Visi itu termaktub dalam Piagam PKC dan Perlembagaan negara, dan juga dicatatkan dalam dokumen penting Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Xi menghargai kepelbagaian tamadun. “Tanpa kepelbagaian, tiada tamadun manusia”, katanya.

Beliau mengetuai China untuk menempuh jalan ke arah pemodenan, yang dianggap sebagai usaha mencipta satu model baharu tamadun manusia.

Menjelang 2035, China pada dasarnya akan mewujudkan modenisasi. Ia menandakan bahawa sejarah umat manusia buat julung kalinya menyaksikan populasi melebihi satu bilion orang mencapai pemodenan secara keseluruhan.

Prestasi cemerlang itu dicapai menerusi pendekatan bercirikan China, sekali gus merupakan sumbangan besar PKC terhadap kemajuan umat manusia.