Xi: Cari Cara Betul Hidup Bersama, Bawa Manfaat kepada Dunia

2022-10-27 15:59:30  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus surat tahniah kepada jamuan makan malam penyampaian anugerah tahunan Jawatankusa Kebangsaan Hubungan Amerika Syarikat (AS) dan China (NCUSCR) pada Rabu.

Xi mengatakan, dunia ini kurang aman dan damai pada masa ini. Sebagai negara besar, China dan AS perlu meningkatkan komunikasi dan kerjasama untuk mendorong kestabilan dan kepastian, serta kedamaian dan pembangunan dunia. China bersedia berusaha bersama-sama AS, saling menghormati, hidup bersama secara damai, bekerjasama sama menang, dan mencari cara betul untuk hidup bersama pada era baharu, kerana ia bermanfaat kepada kedua-dua negara malah dunia.

Xi berharap NCUSCR dan sahabat pelbagai lapisan masyarakat yang memberikan perhatian dan menyokong perkembangan hubungan China-AS terus memainkan peranan untuk menbawa hubungan kedua-dua negara kembali ke landasan perkembangan yang sihat dan stabil.

Pada hari yang sama, Presiden AS, Joe Biden juga mengirim surat tahniah kepada jamuan tersebut.