Mod Inovatif Menanam Padi dan Sayur secara Gilir

2022-10-28 18:57:48  CRI
Share with:

Ada yang menuai padi, ada yang mengemaskan padang dan ada yang menyemai sayur musim sejuk. Suasana sibuk ini boleh terasa di kawasan desa di bandar Nanchang provinsi Jiangxi baru- baru ini. Penyusunan struktur pertanian yang berorientasikan mod penanaman pergantian yang inovatif yakni ‘padi premium + sayur sesawi’ dipergiatkan di kawasan desa, bandar Nanchang pada tahun-tahun kebelakangan ini, dan terbukti bukan sahaja selaras dengan keadaan tempatan, tetapi juga kondusif bagi peningkatan kadar penggunaan tanah serta penjanaan pendapatan petani.