Sesi Dialog Pembangunan Berkualiti Tinggi China-Rusia Diadakan

2022-10-28 14:18:36  CRI
Share with:

Sesi Dialog Pembangunan Berkualiti Tinggi China-Rusia diadakan di Beijing pada Khamis. Dialog yang bertemakan "Pembangunan Baharu China, Peluang Baharu kepada Dunia" dianjurkan oleh China Global Television Network (CGTN) Kumpulan Media China (CMG). 

Wakil-wakil kalangan politik, akademik dan media dari China dan Rusia menyertai dialog tersebut.

Para peserta telah mengadakan perbincangan mengenai erti penting Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC), di samping memberikan pandangan masing-masing tentang topik-topik pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan, pembentukan corak baharu tamadun manusia, serta usaha untuk menggalakkan Inisiatif Pembangunan Global, dan Inisiatif Keselamatan Global.

Seruan untuk bekerjasama dan berganding bahu membina dunia yang aman, selamat, makmur, terbuka dan indah turut diluahkan para peserta dalam dialog tersebut.