AS Naikkan Kadar Gadai Janji kepada 7.08 Peratus

2022-10-28 15:24:31  CRI
Share with:

Menurut statistik Freddie Mac pada 27 Oktober, kadar purata gadai janji untuk jangka 30 tahun di Amerika Syarikat (AS) dinaikkan kepada 7.08 peratus daripada 6.94 peratus pada minggu lepas. Ini kali pertama kadar tersebut melebihi paras 7 peratus dalam tempoh 20 tahun.   

Selain itu, Rizab Persekutuan (Fed) telah menaikkan kadar faedah sebanyak lima kali sejak tahun ini, antaranya kenaikan 0.75 peratus sebanyak tiga kali berturut-turut.  

Menurut pegawai Fed, kadar faedah tabung persekutuan akan dinaikkan kepada 4.5 peratus pada awal tahun depan.