'Pedagang Saham Termasyhur' Banyak di Arena Politik AS

2022-10-28 15:31:40  CRI
Share with:

Jika ditanya siapakah 'pedagang saham termasyhur di Kongres' Amerika Syarikat (AS), nama Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi dan keluarganya pasti akan muncul dahulu. Namun pada hakikatnya, 'pedagang saham termasyhur' seumpama Pelosi jauh lebih banyak lagi dan tidak terhad di Kongres semata-mata. 

Borang status kewangan tentang 12,000 pegawai awam dari tahun 2016 hingga 2021 menunjukkan, saham yang dimiliki lebih satu perlima pegawai tersebut akan mengalami turun naik mengikut keputusan jabatan kerajaan yang mereka berkhidmat.

Krisis negara dan rakyat AS sebaliknya menjadi peluang bagi sebahagian pegawai kerajaan untuk memperoleh keuntungan, khususnya di kongres.

Pada sebulan lalu, foto 97 ahli kongres diterbitkan di akhbar The New York Times, angka ini menempati satu perlima jumlah keseluruhan ahli kongres. Antaraya, separuh dari Parti Republikan dan separuh lagi dari Parti Demokratik. Laporan siasatan mendapati bahawa kegiatan perniagaan aset kewangan mereka berkait rapat dengan kerja mereka.

Pendedahan tersebut menimbulkan reaksi keras daripada masyarakat awam. Mengapa ahli politik AS dapat memperoleh keuntungan melalui penyalahgunaan kuasa? Jawapannya adalah daya ikat undang-undang yang longgar di negara itu memberikan ruang kepada ahli politik untuk memperdagangkan saham melalui pemerolehan maklumat dalam. Pada masa sama, kerajaan AS pula membiarkan malah membela kegiatan seumpama itu.  

Adalah ironi lagi bahawa golongan yang memperoleh keuntungan melalui maklumat dalam itu mempunyai kuasa legislatif. Penganalisi berpendapat, langkah-langkah mereka mungkin akan menjadi masalah AS yang tidak dapat diselesaikan, seperti kekerasan senjata api, sumbangan wang dan lain-lain.

Menurut tinjauan umum terkini oleh Gallup, kadar percaya rakyat AS terhadap kongres telah menurun ke tahap terendah, iaitu tujuh peratus.  

Jika dipandang dari asas, pemerdagangan saham oleh ahli politik AS melalui maklumat dalam adalah 'rasuah sistematik', memaparkan kegagalan sistem dan kemerosotan politik di negara itu.