Semangat Kongres Kebangsaan ke-20 PKC Signifikan bagi Pembangunan Negara Sosialis Moden: Xi

2022-10-26 16:23:24  CRI
Share with:

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan sesi pembelajaran kolektif untuk mengaturkan kerja membelajari, mempopularkan dan melaksanakan semangat Kongres Kebangsaan ke-20 PKC pada Selasa.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping mempengerusikan sesi pembelajaran itu.

Beliau berkata, Kongres Kebangsaan ke-20 Parti telah mencapai hasil penting dari segi politik, teori dan praktik, di samping menetapkan prinsip dan strategi tentang pembangunan Parti dan negara dalam perjalanan baharu pada era baharu. Hasil kongres itu ialah perisytiharan politik dan garis panduan Parti untuk memimpin rakyat membina negara sosialis moden secara menyeluruh dan mendorong kebangkitan gemilang nusa dan bangsa China secara menyeluruh.

Beliau mengatakan bahawa seluruh Parti patut membelajari dan melaksanakan semangat kongres tersebut, dan berbakti kepada pembinaan negara sosialis moden secara menyeluruh.