Bagaimana Menyelamatkan Kanak-kanak dalam Ancaman Senjata Api di AS?

2022-10-29 16:21:30  CRI
Share with:

Menurut Pangkalan Data Penembakan Sekolah K-12 (K-12 SSDB), setakat ini, jumlah kes tembakan di sekolah Amerika Syarikat (AS) telah merekodkan 260 dalam tahun ini, iaitu yang tertinggi dalam sejarah setiap tahun. Baru beberapa hari yang lalu, sudah berlaku beberapa lagi kes tembakan khususnya yang berlaku dalam sebuah sekolah menengah atas di bandar St. Louis, negeri Missouri pada 24 Oktober lalu, yang mengakibatkan tiga orang terbunuh, tujuh cedera.

Laman sesawang Archive Keganasan Senjata Api (GVA) menunjukkan, setakat 27 Oktober lepas, terdapat 1,379 kanak-kanak dan remaja terbunuh dalam kes tembakan, 3,687 lagi cedera.  Penulis buku “Kanak-kanak yang Terancam Senjata Api” menjangka, terdapat jutaan orang muda AS terkesan keganasan kes senjata api.   

Ditamah lagi, pengaruh negatif keganasan senjata api terhadap psikologi golongan belia sebenarnya adalah luar sangkaan kita. Selepas kes tembakan berlaku di Sekolah Rendah Robb, Texas pada Mei tahun ini,, sebuah buku yang bertajuk “Aku Tidak Takut, Aku Sudah Siap” laris dijual dalam masyarakat AS sehingga terputus bekalannya. Ini mencerminkan permintaan umum terhadap bacaan tentang pengubatan trauma kanak-kanak ekoran kes tembakan semakin meningkat.

      Kenapa kerajaan AS kurang pantas dalam menangani kes tembakan yang berlaku tanpa berhenti?  Pada hakikatnya, kelemahan sistem politik AS adalah punca berlakunya siri peristiwa seumpama itu. Ia bukan sajaha disebabkan Akta No.2 Perlembagaan AS mengenai senjata api yang susah dipinda,  tetapi juga berkaitan dengan “politik veto” dua parti dan kuasa sesetengah konsortium yang mempunyai kepentingan rapat dengan senjata api. Sehubungan dengan itu, walaupun presiden Biden menandatangani akta “mengawal senjata api” pada bulan Jun lepas, tetapi keberkesanannya tidak kelihatan.

  Jika kelemahan sistem politik AS tidak diperbaiki dan kerajaan AS sentiasa dikawal oleh sekelompok  “egolis yang pandai" yang hanya peka mengaut laba sendiri, penduduk AS sukar melarikan diri dari ancaman senjata api.