Arahan Xi untuk Perjuangkan Modenisasi di Kawasan Desa

2022-10-29 15:40:19  CRI
Share with:

Tugas yang paling sukar dalam pembinaan negara sosialis yang moden secara menyeluruh masih berada di kawasan desa.

Demikian dikatakan oleh Presiden China, Xi Jinping ketika berturut-turut melakukan tinjauan ke bandar Yan'an, provinsi Shaanxi dan bandar Anyang, provinsi Henan.

Beliau memberi arahan bahawa hendaklah membelajari dan melaksanakan garis panduan yang terkandung dalam laporan Kongres Kebangsaan PKC ke-20, mendahulukan pembangunan pertanian dan kawasan luar bandar, menyemarakkan semangat 'Yan'an' dan semangat 'Parit Hongqi', mengukuhkan hasil yang tercapai dalam pembasmian kemiskinan, mendorong pembangunan di kawasan luar bandar secara menyeluruh, dan memperjuangkan modenisasi pertanian di kawasan desa.

Ketika  meninjau ke kampung Nangou, pekan Gaoqiao, daerah Ansai, bandar Yan'an pada petang 26 Oktober, Xi berjalan kaki masuk satu kebun untuk mengikuti sesi temu mesra dengan penduduk kampung, dan turut diberitahu pekebun tentang penuaian epal tahun ini.

Kemudian, Xi Jinping bertolak ke Sekolah Menengah Yan'an cawangan Zaoyuan.  Beliau terlebih dahulu melawat ke muzium sejarah pendidikan sekolah dan diberitahu tentang keadaan keseluruhan sekolah tersebut, dan seterusnya masuk satu bilik darjah di mana turut diadakan temu ramah dengan guru dan pelajar yang sedang berkuliah.

Dewan Peringatan Parit Hongqi di bandar Linzhou dan Tapak Runtuhan Yin di bandar Anyang, provinsi Henan merupakan dua destinasi dalam tinjauan Xi yang diadakan selanjutnya pada 28 Oktober.