Wang Yi Ditemui Duta Besar AS yang Baharu

2022-10-29 15:06:04  CRI
Share with:

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar, Wang Yi  ditemui Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke China Nicholas Burns yang baru menyandang jawatannya di Beijing pada Jumaat. 

Wang Yi menyatakan bahawa hubungan China-AS berada dalam keadaan kritikal pada masa sekarang. Masyarakat antarabangsa umumnya mengharapkan perkembangan stabil hubungan China-AS. Presiden Xi Jinping menegaskan bahawa China dan AS harus mengembangkan hubungan dua hala berdasarkan prinsip saling menghormati, hidup bersama secara aman, dan bekerjasama demi pencapaian menang-menang. Sebagai dua kuasa besar, baik China mahupun AS tidak dapat mengubah pihak lain. AS digesa jangan melakukan pergaulan dengan China berdasarkan dominasinya dalam senario global, dan jangan selalu berniat menindas dan membendung pembangunan China. Duta besar AS ke China diharapkan agar memainkan peranan  jambatan antara kedua-dua negara.
Burns menyatakan bahawa beliau memberikan perhatian tinggi terhadap Kongres Kebangsaan ke-20 PKC dan sudah meneliti laporan yang dibentangkan dalam Kongres tersebut. Hubungan AS-China sangat penting bagi kedua-dua negara ini, bahkan seluruh dunia.  AS bersedia memastikan kelancaran dalam  komunikasi dengan China, menangani dan mengawal perselisihan secara konstruktif, selain mempergiat kerjasama antara satu sama lain.