Sesi Promosi Semangat Kongres Kebangsaan Ke-20 PKC di Beberapa Negara Asia

2022-10-30 14:46:58  CRI
Share with:

Sesi promosi semangat Kongres Kebangsaan Ke-20 Parti Komunis China (PKC) yang dianjurkan Kumpulan Media China diadakan di beberapa negara Asia termasuk Turkiye, Laos, Filipina, dan Nepal baru-baru ini.

Para hadirin telah mengadakan perbincangan tentang "modeniasi ala China", "inisiatif Jalur dan Laluan (BRI)", dan "perjalanan baharu China dengan masa depan dunia".

Diplomat veteran dari Turkiye, Hakan Okcal menyatakan bahawa China telah memberi sumbangan penting demi mengekalkan keamanan dan kestabilan dunia.

Pegawai kanan provinsi Luangphabang, Laos, Sukanh Bounyong memberikan penilaian tinggi terhadap misi dan prestasi PKC.

Pengasas kumpulan pemikir Kajian Strategik Filipina-BRICS, Herman Laurel pula menyatakan bahawa pembangunan China akan membawa unsur-unsur kepastian dan kestabilan kepada dunia.