Korea Selatan Umum Tempoh Berkabung Hingga 5 Nov

2022-10-30 14:28:37  CRI
Share with:

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol pada hari Ahad mengumumkan tempoh berkabung di seluruh negara dari 30 Oktober hingga 5 November susulan insiden rempuhan yang berlaku di Itaewon, Seoul sempena sambutan Halloween pada malam Sabtu.

Kemalangan tersebut telah menyebabkan sekurang-kurangnya 151 orang maut dan 82 lagi cedera. Setakat ini, seramai 4 warga China disahkan terbunuh dalam kemalangan itu.