China Gubal Undang-undang Pelihara Sungai Ibunda

2022-10-31 14:19:27  CRI
Share with:

Undang-undang Pemeliharaan Sungai Kuning yang diluluskan dalam pengundian pada sidang ke-37 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China Ke-13 bakal berkuatkuasa pada 1 April tahun 2023.

Undang-undang terbabit merangkumi perancangan dan kawalan, pemeliharaan dan pembaikan ekologi, penjimatan dan penggunaan sumber air, kawalan air pasir dan keselamatan banjir, pencegahan dan kawalan pencemaran, penggalakkan pembangunan berkualiti tinggi, perlindungan, pewarisan dan pemupukan kebudayaan sungai ibunda, jaminan dan kawalselia serta kewajiban di sisi undang-undang.

Undang-undang berkenaan bertujuan untuk menjamin pemeliharaan ekologi kawasan aliran Sungai Kuning dan pembangunan berkualiti tinggi berdasarkan penguatkuasaan perundangan.

Ekologi alam sekitar yang tidak stabil adalah masalah terbesar yang dihadapi. Untuk itu, China akan meningkatkan usaha dalam menjaga landskap di kawasan aliran sungai ibunda yang pulih dalam keadaan terkawal di samping memperincikan pemeliharaan dan pembaikan ekologi, dan memperhebat penanganan pencemaran dari sumber secara bersepadu dan sistematik.

Sementara itu, kekurangan sumber air merupakan percanggahan paling mencabar. Sebagai susulan, China akan mengoptimumkan keefisienan air pertanian, menghemat air perindustrian dan mengurangkan pelepasan air kumbahan, serta meminimumkan kerugian air kegunaan awam dalam bandar, agar menjimat sumber air.

Selain itu, banjir dilihat sebagai ancaman paling teruk di kawasan aliran berkenaan sekali gus menyaksikan China akan memperhebat penyelarasan sistem pencegahan dan kawalan banjir antara pelbagai kawasan aliran, mendorong pencegahan banjir, kemarau dan isikel di hulu, tengah dan hilir, supaya membentuk sistem bersepadu yang saintifik dan berkecekapan tinggi.