Xi Tahniah Ulang Tahun ke-65 Persatuan Persahabatan Rusia-China

2022-10-31 13:01:59  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menyampaikan perutusan tahniah sempena ulang tahun ke-65 penubuhan Persatuan Persahabatan Rusia-China, pada Sabtu.

Xi dalam perutusannya menzahirkan harapan agar persatuan itu menyemarakkan tradisi yang baik dan memainkan peranan yang lebih besar dalam memperkukuh ikatan sesama rakyat.

Menurut beliau, sejak 65 tahun penubuhan, persatuan berkenaan sentiasa berpegang kepada konsep ikatan muhibah antara negara, dan memberi sumbangan signifikan dalam meningkatkan persefahaman, persahabatan dan kepercayaan bersama dalam kalangan rakyat.

Xi berkata, perkongsian strategik komprehensif era baharu antara China dengan Rusia kini mengekalkan momentum pembangunan yang kukuh, menyaksikan kolaborasi dalam pelbagai bidang semakin meningkat dan jalinan persahabatan sesama rakyat semakin rapat.