Sidang Kemuncak WIC 2022 Bermula 9 Nov.

2022-10-31 10:44:24  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak Persidangan Internet Dunia (WIC) 2022 akan berlangsung secara hibrid bermula 9 hingga 11 November di Wuzhen, provinsi Zhejiang.

Difahamkan, hampir 2,000 wakil dari lebih 120 negara dan wilayah membabitkan agensi kerajaan, pertubuhan antarabangsa, pemain industri internet tempatan dan asing, kumpulan pemikir institusi pengajian tinggi dan lain-lain dijemput menyertai sidang berkenaan untuk menyuarakan pandangan dan buah fikiran mengenai pembinaan komuniti berkongsi nasib di ruang siber.