PMI Industri Bukan Pembuatan China Catat 48.7 Peratus pada Oktober

2022-10-31 12:55:35  CRI
Share with:

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) bagi industri bukan pembuatan China mencatat 48.7 peratus pada Oktober, menurun 1.9 mata peratusan berbanding bulan sebelumnya.

Data itu diumumkan Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP)  dan Pusat Tinjauan Industri Perkhidmatan Biro Statistik Negara (NBS) pagi tadi.

Data tersebut turut menunjukkan pemain sektor bukan pembuatan tetap optimistik terhadap prospek sektor berkenaan biarpun daya pemulihannya tidak begitu kuat.