Pemimpin Bertanggungjawab, Resipi Kejayaan China: Dukanovc

2022-10-31 16:13:02  CRI
Share with:

 

Presiden Montenegro, Milo Dukanovc menyifatkan kejayaan-kejayaan yang diumumkan Parti Koumunis China (PKC) ketika meraikan ulang tahun ke-100 PKC pada 2021 iaitu merealisasikan sasaran perjuangan seratus tahun pertama (mewujudkan masyarakat makmur sederhana) sebagai sangat mengagumkan.

 

Malah, beliau turut menyatakan China sudah berkembang menjadi entiti ekonomi kedua terbesar di dunia dan merealisasikan matlamat yang ditetapkan dalam Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan 10 tahun lebih awal.

 

Dukanovc berkata demikian ketika diwawancara khas oleh wartawan CGTN, Wang Guan, baru-baru ini.

 

Beliau memberitahu, China berperanan penting di dunia dan memenangi penghormatan masyarakat antarabangsa.

 

“China mempunyai wilayah yang luas dan bilangan penduduk yang banyak supaya ia boleh dan sedang menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran dunia,” ujar Dukanovc.

 

Beliau yakin dengan kemampuan pentadbiran PKC yang dipamerkan, China pasti akan mencapai sasaran yang ditetapkan selepas Kongres Kebangsaan ke-20 PKC berakhir dan terus menyumbang kepada kemakmuran negara sendiri serta pembangunan dunia.