Yoon Suk-yeol Arah Siasat Tragedi Rempuhan Itaewon

2022-10-31 12:17:41  CRI
Share with:

Angka kematian tragedi rempuhan ketika sambutan Halloween di Itaewon, Seoul pada malam Sabtu meningkat kepada 154 apabila seorang lagi perempuan dilaporkan terkorban akibat cedera parah.

Tragedi itu turut mencederakan lebih 130 orang yang lain, menurut pihak polis tempatan.

Dalam pada itu, Korea Selatan menubuhkan sebuah jabatan khusus untuk menyiasat insiden berkenaan.

Presiden Yoon Suk-yeol dalam ucapannya menerusi televisyen pada Ahad mengarahkan supaya penyiasatan penuh serta kerja-kerja susulan yang berkaitan digerakkan, di samping mengambil tindakan untuk mengelak tragedi serupa daripada berulang.

Rempuhan itu disifatkan insiden keselamatan awam yang terburuk di Korea Selatan sejak tragedi feri Sewol karam pada 2014.