Han Zheng Lawat Singapura Bermula Esok

2022-10-31 20:17:01  CRI
Share with:

Naib Perdana Menteri China, Han Zheng akan mengadakan lawatan ke Singapura pada 1 hingga 2 November atas undangan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Heng Swee Keat.

Dua pemimpin itu akan bersama mempengerusikan sidang ke-18 Majlis Bersama Kerjasama Bilateral (JCBC) China-Singapura, mesyuarat ke-23 Majlis Pemandu Bersama (JSC) Taman Industri Suzhou, mesyuarat ke-14 JSC Kota Ekologi Tianjin China-Singapura dan  mesyuarat ke-6 JSC Inisiatif Demonstrasi Kesalinghubungan Strategik China-Singapura (Chongqing).