Kongres Kebangsaan ke-20 PKC Suntik Penggerak Rungkai Cabaran Global

2022-10-31 13:27:44  CRI
Share with:

Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) telah merangka cetak biru untuk pembangunan China pada masa hadapan, sambil menyuntik penggerak kepada sinergi negara-negara di dunia dalam menangani cabaran dan mencapai pembangunan bersama.

Pendapat itu disuarakan para peserta yang menghadiri forum bertemakan 'Peluang China dan Pembangunan Dunia dalam Konteks Perubahan Sejagat' anjuran Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) baru-baru ini.

Duta Besar Afrika Selatan ke China, Siyabonga Cwele berkata dunia amat memerlukan kepimpinan cekap dan penyelesaian jitu tatkala bergelut pelbagai krisis dan cabaran buat masa ini.

Beliau turut menyifatkan konsep-konsep yang termaktub dalam laporan Kongres Kebangsaan ke-20 PKC antaranya 'menjunjung multilateralisme jitu', 'menggalakkan keamanan dan pembangunan dunia' dan 'memacu kemakmuran bersama' adalah perkara yang benar-benar diperlukan untuk umat manusia menangani cabaran dewasa ini.

Forum kali ini berkisar topik mengenai usaha mempergiatkan pembinaan hubungan antarabangsa model baharu, modenisasi ala China, pembangunan secara berkualiti tinggi dan sebagainya.

Turut hadir, tokoh-tokoh politik, ketua pertubuhan antarabangsa dan sarjana terkemuka dari Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Sepanyol, Norway, Afrika Selatan, Kyrgyzstan, Nepal dan negara-negara lain.