Majoriti Responden Anggap AS dalam Keadaan Tidak Terkawal
2022-10-31 13:21:55 CRI
Hampir 80 peratus rakyat Amerika Syarikat (AS) menganggap situasi semasa negara itu dalam keadaan tidak terkawal, menurut hasil tinjauan dijalankan Sistem Penyiaran Columbia (CBS).
Tinjauan pendapat umum itu mendapati 79 peratus responden menganggap keadaan negara itu 'tidak terkawal', manakala 21 peratus memegang pendapat yang sebaliknya.
Selain itu, 56 peratus responden tidak bersetuju dengan kerja yang dilakukan Presiden Joe Biden.