Kenderaan Jualan Runcit Tanpa Pemandu

2022-10-31 10:12:53  CRI
Share with:

Beberapa kenderaan jualan runcit tanpa pemandu beroperasi secara percubaan di sebuah taman industri di daerah Xiangjiang, provinsi Hunan baru-baru ini. Kenderaan itu berjalan mengikuti laluan yang ditetapkan. Ia boleh memuatkan minuman, makanan dan sebagainya serta mempunyai fungsi simpanan sejuk dan pemanasan. Ia boleh menyediakan perkhidmatan tanpa sentuh untuk pekerja di taman industri itu.