Xi Ucap Tahniah Lula Dipilih Presiden Brazil

2022-11-01 11:14:56  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menyampaikan perutusan tahniah kepada Luiz Inacio Lula da Silva yang dipilih sebagai Presiden Brazil, pada Isnin.

Xi menyatakan selaku negara membangun besar dan negara pasaran baru muncul utama, China dan Brazil berkongsi kepentingan dan tanggungjawab yang meluas.

Sejak terjalinnya hubungan diplomatik 48 tahun lalu, ikatan kedua-dua negara terus berkembang baik hingga mencapai keberhasilan yang memuaskan dalam pelbagai bidang.

"Pemerkasaan kerjasama yang saling menguntungkan selaras dengan kepentingan asas kedua-dua negara dan rakyat.

"Ia juga kondusif bagi memelihara keamanan dan kestabilan serantau dan dunia, serta memacu pembangunan dan kemakmuran bersama," ujar beliau.

Xi turut menyuarakan kesediaan untuk bersama Presiden Lula merangka rancangan dari perspektif strategik dan jangka panjang bagi menggerakkan perkongsian strategik komprehensif China-Brazil ke tahap baharu, sekali gus memastikan limpahan manfaat dinikmati rakyat kedua-dua negara.