Detik-detik Pelancaran Modul Eksperimen Mengtian

2022-11-01 12:30:59  CRI
Share with:

 

Tepat pukul 3.37 petang Isnin, modul eksperimen Mengtian berjaya dilancarkan dengan menggunakan roket pembawa Long March-5B Y4 di tapak pelancaran Wenchang, provinsi Hainan seperti yang dijadualkan.

Kira-kira lapan minit kemudian, modul eksperimen berkenaan berpisah dengan roket dan memasuki orbit yang disasarkan. 

Menurut maklumat terkini, modul eksperimen tersebut sudah bercantum dengan kompleks stesen angkasa lepas.