Xi Ucap Simpati Insiden Runtuhan Jambatan di India

2022-11-01 20:27:01  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping pada Isnin menzahirkan ucapan takziah kepada rakan sejawatnya dari India Droupadi Murmu serta Perdana Menteri Narendra Modi atas insiden runtuhan jambatan kabel di Gujarat.

Xi berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian yang menyebabkan kehilangan nyawa itu.

Beliau turut menyampaikan rasa simpati dan dukacita kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut.

Pada masa sama, Perdana Menteri China Li Keqiang menyampaikan takziah kepada rakan sejawatnya Narendra Modi.