Li Ucap Tahniah Matekane Dipilih PM Lesotho

2022-11-01 17:02:29  CRI
Share with:

Perdana Menteri China Li Keqiang mengutus kawat tahniah kepada Sam Matekane yang dipilih sebagai Perdana Menteri Lesotho, pada Jumaat.

Li menyatakan hubungan China-Lesotho terus berkembang dengan stabil dan sihat, menyaksikan kesalingpercayaan politik, kerjasama pragmatik dan persahabatan sesama rakyat semakin kukuh.

China amat mementingkan hubungan kedua-dua negara dan bersedia bersama Lesotho memperluas kerjasama saling untung dalam pelbagai bidang, sekali gus mempertingkat hubungan bilateral hingga mendatangkan lebih banyak manfaat buat rakyat kedua-dua negara.