Canselor Jerman Lawat China Jumaat Ini

2022-11-02 13:22:03  CRI
Share with:

Canselor Jerman, Olaf Scholz bakal mengadakan lawatan rasmi ke China pada 4 November atas jemputan Perdana Menteri Li Keqiang.

Ini merupakan lawatan pertama pemimpin negara Eropah ke China sejak tercetusnya pandemik COVID-19, dan juga kunjungan pertama Scholz ke China selepas memegang jawatan canselor Jerman.

Jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian berkata, tahun ini menandakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Jerman.

Pemimpin kedua-dua negara akan berbincang mengenai ikatan bilateral, hubungan China-Eropah, situasi antarabangsa dan tadbir urus global.

"Pengukuhan kesalingpercayaan politik dan kerjasama China-Jerman selaras dengan kepentingan kedua-dua pihak. 

"Lawatan Scholz pasti akan menyuntik momentum baharu kepada perkongsian strategik menyeluruh China-Jerman pada era baharu, sekali gus menyumbang kepada keamanan dan pertumbuhan ekonomi dunia," ujarnya dalam sidang media pada Selasa.