Lonjak Hubungan China, Vietnam ke Tahap Baharu

2022-11-02 14:48:07  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam (CPVCC) Nguyen Phu Trong di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Isnin.

Kedua-dua pemimpin komited untuk terus melonjakkan perkongsian kerjasama strategik komprehensif China-Vietnam ke tahap lebih tinggi.

Difahamkan, Nguyen Phu Trong merupakan pemimpin asing pertama yang ditemui Presiden Xi selepas Kongres Kebangsaan ke-20 PKC.

Pada fasa pembangunan baharu perjuangan sosialisme China dan Vietnam, dua pemimpin itu sepakat untuk memperkukuh persahabatan tradisional, komunikasi strategik dan kesalingpercayaan politik, di samping mengendalikan perselisihan dengan baik.

Kesepakatan itu turut menunjukkan hala tuju pembangunan hubungan bilateral pada era baharu dari perspektif strategik.

China dan Vietnam berdepan situasi antarabangsa yang kompleks serta risiko dan cabaran getir apabila di tengah perjalanan menuju pemodenan sosialis.

Justeru, Xi menegaskan, "takkan membiarkan mana-mana individu mengganggu kemajuan kita (China dan Vietnam) mahupun menggugat asas keinstitusian pembangunan kita."

Beliau turut mencadangkan supaya kedua-dua pihak mengekalkan arah tuju perkembangan sosialisme, memperkukuh asas ekonomi sosialis dan menyuburkan persahabatan tradisional.

Jalinan antara China dan Vietnam bagaikan ‘rakan seperjuangan dan adik-beradik’.

Sebagai dua negara membangun utama, China dan Vietnam terus memperkasa penyelarasan dalam urusan multilateral, saling menyokong dalam isu-isu melibatkan kepentingan teras satu sama lain, bersama mempertahankan multilateralisme serta keadilan antarabangsa, untuk mendorong keamanan dan pembangunan serantau dan dunia.