Lebih Banyak Pempamer Dijangka Sertai CIIE 2022

2022-11-02 12:30:43  CRI
Share with:

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) edisi kelima yang akan berlangsung di Shanghai pada 5 hingga 10 November nanti dijangka menarik lebih banyak pempamer berbanding dengan edisi lalu.

Difahamkan, sebanyak 145 buah negara dan wilayah, pertubuhan antarabangsa serta syarikat dari 127 buah negara dan wilayah akan mengambil bahagian dalam acara ini.  

“Angka ini lebih banyak berbanding dengan edisi tahun lepas,” kata Naib Pengarah Biro CIIE, Sun Chenghai dalam sidang akhbar CIIE pada Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 284 syarikat yang tersenarai dalam Fortune Global 500 dan syarikat peneraju dalam sektor berkenaan akan hadir dalam pameran korporat.

“Ratusan jenis produk, teknologi dan perkhidmatan baharu akan dipamerkan dalam enam ruang pameran, termasuk barang pengguna dan hasil pertanian, pelbagai peranti dan kemudahan perubatan berteknologi canggih,” kata Sun.

Perusahaan dari semua negara anggota Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) akan menyertai CIIE edisi ini dan jumlah negara yang terlibat dalam pembangunan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta negara anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai juga lebih banyak berbanding dengan tahun lepas.

“Ekspo edisi ini dilengkapi ruang pameran khas untuk industri spesies pertanian dan kecerdasan buatan, teknologi karbon rendah dan perlindungan alam sekitar beroreintasikan pengoptimuman tenaga serta ruang pameran yang memaparkan pencapaian cemerlang yang dilakar China dalam pelaksanaan dasar pintu terbuka pada era baharu,” ujar Sun.