Apa Rahsianya Kabin Kedap Udara Modul Eksperimen Mengtian?

2022-11-02 13:59:03  CRI
Share with:

Modul eksperimen Mengtian berjaya dilancarkan di tapak pelancaran Wenchang, provinsi Hainan pada Isnin, dan berjaya bercantum dengan Modul Teras Tianhe pada Selasa.

Kedua-dua modul eksperimen di Stesen Angkasa Lepas China, Mengtian dan Wentian dilengkapi dengan kabin kedap udara, yang masing-masing digunakan untuk urusan keluar masuk kargo dan angkasawan.

Barang-barang kargo tersebut akan melalui pintu automatik yang melancarkan laluan Mengtian dengan angkasa lepas, dan ia turut dihantar serta dipulangkan menerusi peralatan pemindahan muatan yang dilengkapi pada kabin kedap udara.