Hong Kong Perkukuh Kedudukan Pusat Kewangan Antarabangsa

2022-11-03 15:32:36  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak Pelaburan Pemimpin Kewangan Antarabangsa anjuran Jabatan Pentadbiran Kewangan Hong Kong selama dua hari membuka tirainya di Hong Kong pada Rabu.

Bertemakan ‘mengendalikan pasaran yang tidak menentu’, sidang itu menarik penyertaan lebih 200 wakil dari kira-kira 120 buah agensi kewangan di seluruh dunia.

Difahamkan, para peserta akan berinteraksi mengenai cabaran dan peluang dihadapi sektor kewangan global termasuk kenaikan kadar faedah, unsur tidak menentu ekoran krisis stagflasi, sains teknologi dan pembangunan mampan.

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), John Lee Ka Chiu dalam ucapannya menyatakan bahawa Hong Kong merupakan wahana penting yang menghubungkan kawasan pedalaman China dengan pelbagai tempat di dunia.

Menurut beliau, seiring dengan peralihan pusat ekonomi ke timur, entiti ekonomi yang berkembang pesat di rantau ini akan menjadi enjin utama dan sumber peluang perniagaan bagi peningkatan ekonomi global.

“Hong Kong akan mendapat manfaat daripada trend tersebut. Di samping itu, kelebihan Hong Kong dalam bidang tenaga insan, infrastruktur dan teknologi akan membantu syarikat dan modal dari kawasan pedalaman China ke luar, manakala pula menarik pelaburan syarikat dan modal dari arena antarabangsa,” ujar Lee.

Menurut data, sektor perkhidmatan kewangan Hong Kong telah menyumbang USD76 bilion (RM361 bilion), yang menduduki 23.4 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di wilayah itu pada 2020.

Pada 2021 pula, jumlah Urusan Bursa Saham Hong Kong (HKEX) mencatat rekod baharu, iaitu USD5.2 trilion (RM24.7 trilion), sementara aset pengurusan sektor insurans Hong Kong telah melebihi USD4.5 trilion (RM21.4 trilion) yang menduduki tempat pertama di Asia dan tempat kedua di dunia.

“Statistik tersebut memperlihatkan kelebihan jelas Hong Kong dalam perkhidmatan kewangan,” ujar Lee.

Setiausaha Kewangan Hong Kong, Paul Chan Mo-po dalam sidang kemuncak tersebut menyatakan bahawa Hong Kong berprestasi baik dalam pengumpulan modal, keantarabangsaan RMB dan pengurusan kekayaan.

Beliau berkata, Hong Kong juga akan terus mengembangkan kewangan hijau dan teknologi kewangan.