Hadiah yang Istimewa

2022-11-03 14:17:20  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam (CPVCC), Nguyen Phu Trong yang berusia 78 tahun ketika tiba di Beijing pada 30 Oktober, merupakan pemimpin asing pertama melawat China selepas berakhirnya Kongres Kebangsaan ke-20 PKC.

 

Ia juga merupakan lawatan beliau yang pertama ke luar negara selepas menyandang jawatannya buat kali ketiga.

 

Mengimpau kembali bulan November pada lima tahun yang lalu, selepas Kongres Kebangsaan ke-19 PKC berakhir, Vietnam merupakan destinasi lawatan Xi Jinping yang pertama selepas dipilih sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC.

 

Dalam tempoh lawatan itu, di hadapan gedung iaitu tempat pemimpin Parti Komunis Vietnam, Hu Chi Minh yang pernah bekerja dan menginap, Xi Jinping menghadiahkan sebanyak 19 akhbar Renmin Ribao kepada Nguyen Phu Trong.

 

Tiga daripada 19 akhbar itu menyiarkan laporan tentang lawatan Nguyen Phu Trong pada Januari tahun 2017.

 

Xi menjelaskan bahawa akhbar yang lain pula merupakan terbitan ketika Hu Chi Minh melawat China pada tahun 1955 dan sukar untuk didapati.

 

Gambar bersama-sama pemimpin generasi lama PKC termasuk Mao Zedong dan Zhou Enlai dengan Hu Chi Minh disiarkan pada laman utama akhbar Renmin Ribao pada 26 Jun tahun 1955.

 

Berita tentang Pengerusi Hu Chi Minh mengetuai delegasi ke Beijing dan Hu Chi Minh ditemui Pengerusi Mao Zedong dan laporan berkenaan turut disiarkan.

 

Pada hari berikutnya, juga di laman utama akhbar itu telah menyiarkan sebahagian ucapan Hu Chi Minh yang berbunyi, “tidak perlu khuatiri persahabatan dan ikatan yang erat rakyat kedua-dua negara ini, ia adalah kekal dan kukuh, nescaya tak mungkin dipecah dan dihalangi sesiapa pun”.

 

Pada 13 November 2017, ketika bersama-sama Nguyen Phu Trong bersiar-siar di sekitar bekas kediaman Hu Chi Minh, Xi menyatakan bahawa mereka sepatutnya mengikuti pemimpin kedua-dua negara termasuk Mao Zedong, Zhou Enlai dan Hu Chi Minh, memperkukuh dan mengembangkan terus hubungan persahabatan China-Vietnam dan menyejahterakan rakyat.

 

Katanya, selagi mana mereka berbakti demi rakyat, mereka pasti akan meninggalkan nama yang baik dalam sejarah.