BRI Jadi Tumpuan Forum 'Think Asia'
Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) antara tumpuan Forum 'Think Asia' yang berlangsung secara hibrid di Singapura pada Rabu.
Peserta forum menyifatkan abad ke-21 sebagai 'abad Asia' sambil menyatakan pembangunan Asia bergantung kepada inisiatif diajukan China seperti BRI dan gagasan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Felo terhormat Institut Pengajian Asia Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), Kishore Mahbubhani berkata visi komuniti berkongsi nasib sesama insan menyatukan Asia bahkan seluruh dunia untuk maju bersama.
Pengarah Pusat Penyelidikan BRI Thailand-China, Dr. Wirun Phichaiwongphakdee pula menyatakan BRI boleh ditimba negara-negara ASEAN, Asia malah seluruh dunia.
“Siapnya landasan kereta api yang menyambungkan China, Thailand dan Laos kelak pasti akan menjana pertumbuhan ekonomi negara berkenaan, sekali gus mendatangkan manfaat buat seluruh ASEAN,” ujarnya.
Acara tersebut anjuran bersama Akademi Pengajian China dan Dunia Kontemporari (ACCWS), Forum China Universiti Tsinghua dan Institut Asia Timur NUS, dengan tema 'Asia dan Dunia dalam Era Baharu'.
Forum itu dihadiri lebih 40 pakar dan sarjana dari negara-negara Asia termasuk China, Singapura, Jepun, India, Thailand, Filipina, Pakistan dan Kazakhstan.