Ratusan Produk dan Teknologi Baharu Debut di CIIE Kelima

2022-11-03 14:35:16  CRI
Share with:

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) edisi kelima yang dijadual berlangsung di Shanghai pada 5 hingga 10 November, bakal menyaksikan penyertaan sebanyak 284 syarikat tersenarai dalam Fortune Global 500 dan syarikat peneraju dalam sektor berkenaan.

Antaranya, kira-kira 90 peratus pempamer pernah menyertai CIIE edisi lalu.

Difahamkan, ratusan produk, teknologi, perkhidmatan yang baharu turut akan membuat debut sempena CIIE kali ini.

Dalam pada itu, ruang pameran auto akan menghimpunkan kesemua 15 syarikat automotif paling bernilai di dunia, dengan menumpukan kepada transformasi rendah karbon dalam industri berkenaan.

Untuk rekod, CIIE kelima menarik penyertaan pempamer dari 145 buah negara dan wilayah serta pertubuhan antarabangsa.

Antaranya pempamer dari 127 negara dan wilayah akan tampil di pameran komersial, manakala 66 negara dan tiga organisasi antarabangsa membawakan produk mereka ke pameran bersepadu.

Angka berkenaan turut melebihi ekspo tahun lepas.