Transformer Angkasa Lepas: Bagaimana Modul Eksperimen Mengtian Berpusing?

2022-11-03 13:35:11  CRI
Share with:

Modul Eksperimen Mengtian berjaya bercantum dengan Modul Teras Tianhe pada Selasa, yang menandakan kesediaan “blok terakhir” dalam usaha membangunkan Stesen Angkasa Lepas China.

Setelah itu, tugas yang amat penting bagi Mengtian adalah membuat pusingan 90 darjah pada Khamis.

Pusingan itu akan dijalankan menerusi lengan mekanik khas yang memindahkan modul eksperimen terbabit dari salah satu lubang dok ke lubang dok yang lain.

Dalam proses tersebut, stesen angkasa lepas akan kelihatan seolah-olah transformer yang rupanya mengalami perubahan besar.