Xi Ucap Simpati Bencana Taufan di Filipina

2022-11-04 10:32:41  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan belasungkawa kepada rakan sejawatnya dari Filipina Ferdinand Marcos Jr. atas bencana taufan yang melanda negara itu, pada Khamis.

Xi berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai musibah itu menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

Beliau mewakili kerajaan dan rakyat China menyatakan rasa dukacita dan simpati kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam bencana alam itu.

Xi turut menyuarakan harapannya agar mereka dapat membangunkan kembali kawasan-kawasan yang terkena musibah taufan dan China bersedia memberi sebarang bantuan yang diperlukan.