Konfigurasi Bentuk "T" di Stesen Angkasa Lepas China Berjaya

2022-11-04 15:46:56  CRI
Share with:

 

Modul eksperimen Mengtian berjaya menyelesaikan pusingan 90 darjah tepat pukul 9.32 pagi Khamis.

Menurut Pejabat Kejuruteraan Angkasa Bermanusia China (CMSEO), penyelesaian pusingan itu menandakan berakhirnya konfigurasi bentuk "T" di Stesen Angkasa Lepas China.

Tambah CMSEO, ia juga merupakan langkah kunci bagi tujuan pembangunan stesen.

Dimaklumkan, China akan menguji dan menganalisis fungsi asas kombinasi terbabit.