Sistem Beidou Bawa Manfaat Buat Dunia
Sistem Satelit Pandu Arah Beidou (BDS) mampu menyumbang kepada pembangunan antarabangsa, khususnya menawarkan sokongan kepada negara-negara membangun yang berusaha mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Pujian itu dibuat wakil dari Pakistan yang menghadiri persidangan ke-16 Jawatankuasa Antarabangsa Sistem Satelit Navigasi Global (ICG) di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mutakhir ini.
Jabatan Penerangan Dewan Negara menerbitkan kertas putih mengenai pembangunan BDS pada era baharu, Jumaat.
Dibangunkan menerusi inovasi kendiri, sistem BDS terbuka kepada semua negara hingga membawa limpahan manfaat buat rakyat seluruh dunia.
Misalnya, di Arab Saudi, BDS diguna pakai dalam pembinaan infrastruktur perbandaran dan perkhidmatan penentududukan individu atau kenderaan yang berada di kawasan gurun.
Di Tajikistan, sistem itu menjalankan pemantauan masa nyata secara berterusan ke atas empangan Tasik Sarez untuk memastikan keselamatan empangan dan penduduk tempatan.
China telah mewujudkan mekanisme kerjasama dengan pertubuhan dan negara di rantau Asia, Afrika dan Amerika Latin, menyaksikan pemeteraian lebih 50 dokumen melibatkan kerjasama navigasi satelit, memorandum persefahaman (MoU) dan peta garis kerjasama.
Perlu diberi perhatian bahawa kertas putih berkenaan buat julung kalinya turut merangka cetak biru pembangunan BDS menjelang 2035.
China menyasar untuk membangunkan BDS generasi baharu yang dilengkapi teknologi lebih canggih, fungsi lebih cekap dan perkhidmatan lebih berkualiti pada masa hadapan.