Hubungan China, Jerman Menuju Masa Depan

2022-11-06 14:57:01  CRI
Share with:

Tatkala situasi antarabangsa mengalami perubahan yang rumit pada masa ini, China dan Jerman selaku dua negara besar yang berpengaruh hendaklah berganding bahu untuk memberi lebih banyak sumbangan kepada kedamaian dan pembangunan dunia.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping dalam rundingan dengan Canselor Jerman, Olaf Scholz pada Jumaat. 

Dalam rundingan itu, beliau turut menyatakan kesediaan China untuk bersama Jerman mewujudkan perkongsian strategik menyeluruh yang menuju masa depan, di samping memacu perkembangan hubungan China-Eropah.

Scholz pula meluahkan hasrat Jerman untuk memperkasa kesalingpercayaan dengan China, dan terus memantapkan hubungan antara kedua-dua negara.

Tahun ini merupakan jubli emas bagi ikatan diplomatik China-Jerman. Mengimbas kembali perkembangan hubungan bilateral tersebut, Presiden Xi berkata, hubungan China-Jerman akan mengekalkan hala tuju yang tepat dan terus berkembang mantap dengan memegang prinsip saling hormat, mencari titik persamaan dan menerima perbezaan, berinteraksi dan saling mempelajari, serta kerjasama saling menguntungkan. 

Beliau turut menegaskan kedua-dua negara perlu terus memperluas kepentingan bersama, dan mendinamikkan kerjasama dalam bidang baharu seperti tenaga alternatif, kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.

Selain itu, Jerman juga diharap bersama dengan China dalam menentang amalan perlindungan, dan membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara menerusi hasil kerjasama.

Dalam artikel yang disiarkan pada media Jerman dan Amerika Syarikat menjelang lawatan kali ini, Scholz dengan lantang menyatakan pihaknya tidak ingin mencantas hubungan dengan China.

Dalam rundingan kali ini pula, beliau menegaskan lagi sokongan kukuh Jerman terhadap kebebasan perdagangan dan globalisasi ekonomi.

Di samping itu, Jerman juga komited terus memperdalam kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan China, dan menyokong kerjasama pelaburan antara perusahaan kedua-dua negara.

Tatkala segelintir negara mencanangkan teori ‘cantas hubungan’ dan ‘putus rantaian’, suara rasional sedemikian turut mendapat sambutan baik daripada golongan usahawan Jerman.

100%
Siaran Harian (26-11-2024)
Current Time 0:00
Duration 0:00
Loaded: 0%
Stream Type LIVE
Remaining Time -0:00
 
1x
Video Player is loading.