Indeks Keterbukaan China Naik 5.6 Peratus

2022-11-06 15:00:39  CRI
Share with:

Landskap keterbukaan China pada tahap tinggi mencatatkan prestasi yang membanggakan apabila indeks keterbukaan negara itu didapati meningkat 5.6 peratus.

Laporan Keterbukaan Dunia 2022 menunjukkan, indeks keterbukaan China naik kepada 0.7507 pada 2020 berbanding paras 0.7107 yang direkod pada 2012, manakala kedudukannya meningkat daripada ke-47 kepada ke-39, menyaksikan negara itu menjadi kuasa penting dalam menggerakkan globalisasi ekonomi.

Laporan itu berbunyi, landskap keterbukaan dunia kini sedang mengalami perubahan. Entiti ekonomi maju mengecilkan pembukaan pintu, manakala entiti ekonomi membangun memperluas pembukaan dan keterbukaan berdasarkan mekanisme pembangunan baharu semakin luas.

Difahamkan, laporan berkenaan disiarkan pada Sabtu sempena Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao kelima di Shanghai.