China, Madagascar Rai Jubli Emas Ikatan Diplomatik

2022-11-06 16:41:55  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Madagascar, Andry Rajoelina saling mengirim perutusan tahniah sempena ulang tahun ke-50 ikatan diplomatik kedua-dua negara.

Xi berkata, kedua-dua negara telah menjalin perkongsian kerjasama komprehensif, menyaksikan rasa saling percaya dalam bidang politik semakin meningkat dan jalinan kerjasama membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk berusaha bersama Presiden Andry Rajoelina untuk terus melonjakkan tahap persahabatan dan kerjasama dua hala demi membawa limpahan manfaat buat rakyat kedua-dua negara.

Andry Rajoelina dalam perutusannya berkata bahawa ikhlas dan mesra, serta saling menghormati, mempercayai dan menyokong antara ciri-ciri yang menonjol dalam perkongsian kerjasama komprehensif Madagascar-China.

Beliau menzahirkan kesediaannya untuk bersama China ke arah komuniti berkongsi nasib yang lebih rapat sesama negara.