Termeterai Kontrak dengan Konglomerat Tenaga Asing dalam CIIE

2022-11-07 15:23:16  CRI
Share with:

Dalam Eskpo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-5 yang sedang berlangsung di Shanghai, syarikat PipeChina dan beberapa syarikat konglomerat sumber tenaga asing termasuk Shell dan Exxon Mobil menandatangani perjanjian kerjasama projek gas asli cecair, yang dilihat sebagai permulaan dalam membuka pasaran domestik kepada luar dalam bidang infrastruktur paip dan jaringan minyak dan gas asli.

Pengurus Besar Bahagian Pemasaran PipeChina, Li Tian menyatakan bahawa pihaknya menumpu kepada peningkatan kemampuan dalam bidang penghantaran melalui paip dan jaringan, dan juga sudi membuka sektor itu kepada luar secara saksama untuk menarik pemain industri dari pasaran antarabangsa supaya membantu memastikan kelangsungan dan kelancaran dalam pembekalan sumber minyak dan gas asli dari luar ke China dan menyumbang kepada pelaksanaan dasar pintu terbuka yang berkualiti di peringkat kebangsaan.