"Permulaan Musim Sejuk" di China

2022-11-07 15:17:49  CRI
Share with:

Menurut kalendar '24 Hari Solar' China, 'Permulaan Musim Sejuk' jatuh pada 7 November, pada tahun ini.

Kebiasaannya, penduduk dari kawasan utara China akan meraikannya dengan menghidangkan ladu pada hari ini.

Selepas 'permulaan musim sejuk', pertanian di utara China akan menjadi kurang sibuk berbanding musim bunga, musim panas dan musim luruh.

Walau bagaimanapun, kaum tani di kawasan selatan pula sedang memanfaatkan kelebihan alam semula jadi bagi meneruskan penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran.