Senarai Pengamal Media China Dapat Bantuan Diumumkan

2022-11-07 15:04:23  CRI
Share with:

Persatuan Wartawan Seluruh China (ACJA) pada Ahad mengumumkan satu senarai pengamal media China yang mendapat bantuan dana pada 2022.

Menurut maklumat berkenaan, seramai 91 pengamal media dari empat buah institusi pusat, 73 institusi dari 26 provinsi, wilayah dan bandar telah mendapat bantuan berbentuk wang tunai sebanyak RMB4.01 juta (RM2.64 juta).

Ini merupakan tahun kesembilan secara berturut-turut ACJA menghulurkan bantuan kepada pengamal media yang terkorban, tercedera atau mengidap penyakit teruk dalam menjalankan kerja, dan menyaksikan baik bilangan penerima mahupun jumlah dana bantuan yang terbanyak dalam sejarahnya.

Untuk rekod, ACJA melancarkan projek bantuan pengamal media bermula tahun 2014.

Seramai 462 pengamal media dari 259 institusi di seluruh negara yang terkorban, tercedera atau mengidap penyakit teruk dalam menjalankan kerja telah mendapat bantuan berbentuk wang tunai yang berjumlah RMB20.83 juta (RM13.74 juta) dalam tempoh sembilan tahun lalu.