Kata Sepakat tentang Perlindungan Tanah Paya Tercapai

2022-11-07 14:37:08  CRI
Share with:

Pelbagai pihak diseru bertekad mengambil langkah substantif bagi menggalakkan pemeliharaan, pembaikpulihan, pengurusan dan penggunaan tanah paya secara rasional dan  lestari.

Seruan demikian terkandung dalam Perisytiharan Wuhan yang diluluskan semasa berlangsungnya Mesyuarat Peringkat Kementerian dalam kerangka Persidangan Pemeterai Ke-14 Konvensyen Tanah Paya yang berakhir di Wuhan, China pada petang  Ahad.

Dimaklumkan, sebanyak 2,466  tanah paya antarabangsa telah digariskan, 43 bandar tanah paya diesahkan, dan 19 cadangan serantau dikemukakan dalam tempoh 51 tahun lalu sejak konvensyen  terbabit diinisiatif. Bagaimanapun, keluasan tanah paya alamiah tetap  berkurangan sebanyak 35% dalam senario global.

Sehubungan itu, pelbagai pihak hendaklah memartabatkan penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang dalam bidang pemeliharaan, pembaikpulihan, pengurusan dan penggunaan tanah paya secara rasional dan lestari; menganalisis dan mengira aset alam di tanah paya dan sistem ekologi; memelihara, membaikpulih tanah paya dan melakukan pengendalian  yang konsisten di dalam dan pinggir bandar, menubuhkan taman dan pusat pendidikan tanah paya; dan menyahut cabaran dari masyarakat, ekonomi dan  persekitaran.

Sejumlah hadirin ketika menerima wawancara wartawan menyatakan mereka berbesar hati kerana dapat melihat  Perisytiharan Wuhan diluluskan. Menghadapi dan menangani isu perubahan iklim adalah cabaran bersama dalam senario global. Hanya melalui kerjasama pelbagai  pihak, barulah dapat meningkatkan keberkesanan dalam mengekang dan menghapuskan risiko sistematik ekoran kemerosotan tanah paya di Bumi.