China: Hidup secara Hijau, Bina dan Kongsi Bersama

2022-11-07 14:50:24  CRI
Share with:

Satu mesyuarat komponen  bertemakan "Hidup secara Hijau, Bina dan Kongsi Bersama – Galakkan Khalayak  Ramai Melibatkan Diri dalam Tindakan Hijau" telah diadakan di Ruangan China pada Ahad sempena Persidangan Pemeterai Ke-27 (COP27) Konvensyen Kerangka Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Perubahan Iklim (UNFCCC) di Sharm el Sheikh, Mesir  pada 6 hingga 18 November, dengan diserikan kehadiran Naib Menteri Ekologi dan Persekitaran China, Zhao Yingmin dan Utusan Khas China bagi Perubahan Iklim, Xie  Zhenhua.

Menurut Xie, China telah  menubuhkan jabatan khas bagi memperjuangkan matlamat mencapai puncak karbon dan  penetrualan karbon, membentuk sistem dasar "1+N", menyusun strategi mengawal  pelepasan gas rumah hijau untuk suatu jangka masa yang sederhana dan panjang, mendorong perkembangan pasaran perniagaan kuota pelepasan karbon di seluruh negara, menggariskan dan melaksanakan strategi kebangsaan bagi menyesuaikan diri dengan perubahan iklim. Dengan itu, pelepasan karbon dioksida bagi setiap unit Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) pada tahun 2021menurun 3.8% berbanding tahun 2020, dan berkurang 50.8% secara akumulatif berbanding dengan tahun 2005.

"China akan bersama dengan  pelbagai pihak terbabit berpandukan terbuka, telus, penglibatan umum, persepakatan berdasarkan rundingan dan terpicu oleh pihak-pihak pemeterai, berusaha menjayakan COP27, dan memberikan kebijakan dan sumbangan bagi membentuk  sistem tadbir urus iklim global yang adil, rasional, kerjasama dan menang-menang," kata Xie lagi.