INBAR Beri Sumbangan Besar Terhadap Sumber Buluh dan Rotan: Xi

2022-11-08 13:41:18  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah serta penghargaan kepada Kongres Buluh dan Rotan Antarabangsa ke-2 sempena ulang tahun ke-25 penubuhan Pertubuhan Buluh dan Rotan Antarabangsa (INBAR) pada Isnin menerusi kiriman surat.

Beliau menyatakan, selain berdedikasi dalam pemeliharaan, pembangunan dan penggunaan sumber buluh dan rotan sejak ia ditubuhkan, INBAR juga berperanan secara membina dalam memperkukuh perlindungan ekologi global dan pembangunan mampan.

"Kerajaan China dan INBAR berganding bahu dalam melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global, dan bersama-sama melancarkan Inisiatif Buluh Ganti Plastik untuk menggalakkan pengurangan pencemaran plastik, menangani perubahan iklim, dan mempercepat pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," ujar Xi.

Tekan beliau, China bersungguh-sungguh menggalakkan pembinaan tamadun ekologi, secara aktif melaksanakan konsep pembangunan keharmonian hidup bersama antara manusia dan alam.

Jelas Xi, China turut bersedia untuk terus bekerjasama dengan semua pihak supaya dapat membina komuniti berkongsi nasib antara manusia dengan alam, agar membina Bumi yang bersih dan indah untuk generasi akan datang.

Untuk edisi kali ini, kongres anjuran bersama Jabatan Pentadbiran Perhutanan dan Padang Rumput China serta INBAR itu diadakan dengan bertemakan "Buluh dan Rotan – Jalan Keluar Pembangunan Mampan Berasaskan Alam Semula Jadi".