Laluan Kereta Api China-Laos, Cerminan Pembangunan Berkualiti BRI China-ASEAN

2022-11-08 13:45:05  CRI
Share with:

Laluan Kereta Api China-Laos merupakan cerminan pembangunan berkualiti antara China dengan ASEAN dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian pada sidang media Isnin.

Menurut data statistik terkini, penghantaran  penumpang seramai 7.5 juta orang lebih dan barangan seberat 9.86 juta tan yang  jenisnya bertambah dari 100 lebih ke 1,200 lebih, telah diselesaikan melalui  Laluan Kereta Api China-Laos, dengan menuju ke lebih 10 negara yang terlibat  dalam pelaksanaan BRI seperti Laos dan  Vietnam.

Sementara itu, mod pengangkutan antarabangsa yang baharu seperti "Ekspres Mekong-Lancang + E-niaga Transnasional" dan  "Landasan Kereta Api China-Laos + Ekspres Kereta Api China-Eropah", yang  terbentuk dalam operasi Laluan Kereta Api China-Laos terbukti kondusif bagi  peningkatan kesalinghubungan serantau dan kemampuan pengangkutan kargo rentas  sempadan.

Dalam perkembangan lain, kontrak pelaburan dan pembelian bernilai RMB10 bilion (RM6.55 bilion) telah ditandatangani pada Sesi  Promosi Penerokaan Kawasan Sepanjang Laluan Kereta Api China-Laos dalam Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) Ke-5 yang dirasmikan pada Sabtu  lalu.